Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Motac siasat ejen berlesen yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berhubung program MM2H. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Motac siasat ejen MM2H, tingkatkan langkah keselamatan dan proses permohonan

ByZhahrulniza

Kuala Lumpur, 17 Okt – Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) sedang menyiasat ejen berlesen yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berhubung program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Menterinya, Datuk Seri Tiong Kiong Sing berkata, semua ejen MM2H telah diarahkan untuk menjalani proses pendaftaran semula, susulan laporan terdapat ejen yang memajak lesen mereka secara haram dan beroperasi tanpa syarikat yang sah.

“Jika terdapat sebarang kes seperti itu, sila maklumkan kepada saya,” katanya bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati mengenai kebimbangan kemungkinan penyalahgunaan lesen MM2H, di Dewan Rakyat pada Khamis.

Setakat 16 Oktober, Tiong berkata sebanyak 229 syarikat ejen MM2H diiktiraf secara rasmi oleh kementerian manakala  34 daripada 249 permohonan program MM2H telah diluluskan.

Beliau menegaskan bahawa objektif program MM2H adalah untuk meningkatkan hasil negara tanpa menjejaskan keselamatan negara.

“ Motac berperanan menyelia proses permohonan serta bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan sebelum menyerahkan permohonan kepada Jabatan Imigresen,” katanya

Tiong turut memaklumkan bahawa penambahbaikan kepada program ini termasuk keperluan Sijil Kelakuan Baik serta pemeriksaan keselamatan menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia.

Pada masa sama, Motac juga jelasnya sedang mempertimbangkan langkah-langkah untuk mempercepatkan proses semakan permohonan yang ketika ini mengambil masa 30 hari.

“Selepas perbincangan dengan pihak polis dan Jabatan Imigresen, kami sedang meneliti cara untuk mengurangkan tempoh ini,” katanya.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan