Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia akan mempelbagaikan rakan dagang untuk meneroka pasaran baharu bagi eksport produk berkaitan solar dalam keadaan ketegangan geopolitik dan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS). Foto hiasan Envato

Malaysia akan pelbagaikan rakan dagang untuk teroka pasaran baharu produk berkaitan solar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Malaysia akan mempelbagaikan rakan dagang untuk meneroka pasaran baharu bagi eksport produk berkaitan solar dalam keadaan ketegangan geopolitik dan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia membantah duti import solar yang dikenakan ke atas Malaysia, dan syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus kandungan tempatan perlu dikecualikan daripada tarif.

“Solar sebenarnya harga yang murah, dapat membantu dalam usaha mencapai (pelepasan karbon) sifar bersih dunia.

“Oleh itu, saya harap AS dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk syarikat-syarikat solar yang berpangkalan di Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menyertai dan merasmikan program ‘Fun Run Bernama Radio & MITI’ di Tasik Titiwangsa di sini, pada Khamis.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia, sebagai sebuah negara dalam blok ekonomi kelima terbesar dunia, menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak sama ada dari segi perdagangan, pelaburan dan juga diplomatik.

“Sebagai sebuah negara berteraskan perdagangan, kita mengambil langkah neutral dan tidak berpihak memandangkan kedua-dua kuasa besar (ekonomi) itu (AS dan China) penting dari segi perdagangan dan pelaburan untuk negara ASEAN,” katanya.

Tengku Zafrul berkata kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 juga memberikan kelebihan untuk menangani isu itu dengan lebih baik.

Sebelum ini, AS telah mengenakan tarif sebanyak 9.13 peratus ke atas import sel solar dari Malaysia.

Negara Asia Tenggara seperti Kemboja pula mengenakan tarif sebanyak 8.25 peratus, Thailand (23.06 peratus) dan Vietnam (2.85 peratus). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan