Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas pikap dipandu terbabas ke dalam parit di Batu 18, Jalan Kuching- Serian di sini, pagi tadi. Foto JBPM

Lelaki maut pikap dipandu terbabas dalam parit

KUCHING, 17 Okt: Seorang lelaki maut selepas pikap dipandu terbabas ke dalam parit di Batu 18, Jalan Kuching- Serian di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Shaiful Ismail Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.10 pagi dengan menggerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah pikap yang dipandu seorang lelaki terbabas masuk ke dalam parit.

“Mangsa, Lai Sze Ho,62, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dengan menggunakan peralatan RTA.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan paras air pada paras pinggang dan sukar untuk mendapatkan anchor stand pada ram.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan