Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 1.4 juta belia di Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memohon untuk menyertai atau menyertai semula angkatan tentera awal minggu ini. Foto AFP

Lebih 1.4 juta belia Korea Utara mohon sertai tentera susulan insiden pencerobohan dron

ByBernama

SEOUL, 17 Okt: Lebih 1.4 juta belia di Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memohon untuk menyertai atau menyertai semula angkatan tentera awal minggu ini, lapor Xinhua yang memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Rabu.

Menurut KCNA, lebih 1.4 juta pegawai liga belia serta belia dan pelajar dari seluruh negara secara sukarela memohon untuk menyertai atau menyertai semula tentera pada 14 dan 15 Oktober, susulan dakwaan pencerobohan dron Korea Selatan ke Pyongyang, ibu negara DPRK.

DPRK menyifatkan insiden dron itu sebagai “provokasi serius yang melanggar kedaulatannya.”

Kementerian Luar DPRK mengeluarkan kenyataan lewat Jumaat lalu, menuduh Korea Selatan menghantar dron ke Pyongyang. Tentera Korea Selatan bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Dalam tanda terbaru ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara, tentera DPRK meletupkan sebahagian laluan Gyeongui dan Donghae di utara Garisan Sempadan Ketenteraan pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap dari Korea Selatan.

DPRK masih belum memberi respons terhadap dakwaan letupan jalan raya itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan