Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad (tengah) menunjukkan rokok putih yang dirampas pada sidang media di Pejabat JKDM Perak hari ini. Foto Bernama

Kastam rampas 1.06 juta rokok putih dalam kilang terbiar disyaki rokok seludup

ByBernama

IPOH, 17 Okt: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562 selepas menyerbu sebuah kilang terbiar di Changkat Jering, Taiping, 10 Okt lepas.

Pengarahnya Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata serbuan kira-kira pukul 7.05 malam itu dibuat selepas pihaknya menjalankan risikan sejak lebih sebulan lepas.

Beliau berkata rokok yang dirampas itu didapati tidak mempunyai pelekat setem cukai di samping tiada maklumat berkaitan pengimport mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Duti Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Rokok putih ini dipercayai dibawa masuk ke negara ini melalui pintu masuk di pelabuhan atau perairan negeri Perak. Ini merupakan rampasan rokok putih yang terbesar setakat ini di Perak,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan