Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyusun barang keperluan harian untuk bencana banjir berikutan Monsun Timur Laut untuk dihantar ke pangkalan hadapan di Pulau Redang di Jeti Kargo Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur hari ini. Foto Bernama

JKM Terengganu lakukan persiapan awal hadapi banjir

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 17 Okt: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu melakukan persiapan awal bagi menghadapi banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL), yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.

Pengarahnya Mazura Ngah Abdul Manan berkata antara yang dilakukan ialah penghantaran sebanyak 4.4 tan bekalan makanan dan keperluan asas kepada lebih kurang 300 keluarga di Pulau Redang di Kuala Nerus, hari ini.

“Biasanya penghantaran bekalan makanan ke pangkalan hadapan di pulau-pulau termasuk Pulau Redang, dilakukan pada hujung Oktober tetapi MTL dijangka lebih awal kali ini jadi kita hantar hari ini.

“Begitu juga bekalan kepada penduduk di Pulau Perhentian di Besut, kita akan hantar dalam waktu terdekat ini,” katanya kepada pemberita pada Program Penghantaran Barang Keperluan Semasa Bencana ke Pulau Redang di Jeti Jabatan Laut Malaysia, di sini hari ini.

Mazura berkata bekalan seperti beras, minyak masak, tepung, dan susu formula bayi itu mampu menampung kegunaan penduduk di pulau tersebut selama tiga bulan.

“Sekiranya berlaku kekurangan bekalan ke kawasan terjejas termasuk di pulau-pulau, kita akan buat aturan awal melibatkan pelbagai pihak seperti kalau keadaan serius mungkin perlu gunakan khidmat agensi lain termasuk pengangkutan udara,” katanya.

Selain itu katanya pihaknya juga akan memastikan bekalan makanan dan keperluan asas di Depot Simpanan Utama di Pulau Kerengga, Marang dan 10 mini depot serta 155 pangkalan hadapan di seluruh negeri sentiasa mencukupi, bagi menghadapi bencana banjir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan