Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Strain selesema burung yang sangat patogenik dikesan dalam ayam di sebuah ladang ternakan di Hokkaido, Jepun selepas beberapa ayam ditemukan mati, menandakan wabak pertama yang disahkan di negara itu untuk musim ini. Foto hiasan TVS

Jepun lapor wabak selesema burung pertama musim ini

ByBernama

TOKYO, 17 Okt: Strain selesema burung yang sangat patogenik dikesan dalam ayam di sebuah ladang ternakan di Hokkaido, Jepun selepas beberapa ayam ditemukan mati, menandakan wabak pertama yang disahkan di negara itu untuk musim ini.

Pihak berkuasa Hokkaido memulakan proses pemusnahan kira-kira 19,000 ayam di ladang itu sebagai langkah pencegahan, yang dijangka selesai pada Jumaat, lapor Xinhua.

Sekatan pergerakan turut dilaksanakan, melarang pengangkutan ayam dan telur dalam radius 3 kilometer dari ladang itu serta mengharamkan pengangkutan produk ayam di luar radius 10 kilometer.

Kerajaan Hokkaido menggesa penguatkuasaan langkah pembendungan yang ketat untuk mencegah penularan lebih lanjut dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa produk ayam yang kini berada di pasaran adalah selamat untuk dimakan.

Sebagai tindak balas kepada wabak itu, kerajaan Jepun menubuhkan pejabat perhubungan maklumat di Pusat Pengurusan Krisis Perdana Menteri dan mula mengumpul data dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan