Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee ketika ditemui pemberita. Foto TVS

JAKIM jalankan program pemulihan 90 hari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Okt: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan program pemulihan selama 90 hari melibatkan ahli dan mangsa yang terlibat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pelan tindakan pemulihan itu meliputi pelbagai aspek termasuk akidah, bantuan zakat dan semakan perkahwinan.

“Kami bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk usaha pemulihan dan bagaimana kita hendak membantu mangsa.

“MKN juga telah membuka talian untuk mereka mendaftar bagi proses pemulihan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Umat Islam Sarawak untuk rawatan perubatan rakyat Palestin di sini, hari ini.

Ditanya mengenai ahli GISBH di Sarawak yang ditahan, beliau berkata, kes penahanan melibatkan ahli kumpulan tersebut di seluruh negara adalah di bawah PDRM.

“Semuanya masih diperingkat PDRM,” ujarnya sambil menambah program pemulihan dijalankan secara individu atau berkelompok.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan