MIRI, 17 Okt: Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong menjalankan khidmat khas pokok tumbang di Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong hari ini.
Ketua BBP Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.31 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati benar ada pokok tumbang di kawasan sekolah berkenaan.
“Pihak bomba bertindak melakukan kerja-kerja pemotongan dahan pokok yang menghalang laluan kereta dengan menggunakan gergaji berantai sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membersihkan kawasan pokok tumbang berkenaan.
“Setelah operasi selesai dan keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. – TVS