Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak yang maut di kawasan Sungai Setiam.Foto IPD Bintulu

Bapa kandung, ibu tiri ditahan kes dera kanak-kanak empat tahun

BINTULU, 17 Okt: Bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak lelaki yang maut di kawasan Sungai Setiam di sini ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, satu kes kematian melibatkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tujuh bulan dilaporkan berlaku pada Selasa, jam 7.50 malam di Hospital Bintulu.

“Hasil siasatan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dan pinggang mangsa.

“Siasatan lanjut kes ini menyaksikan polis telah membuat tangkapan terhadap seorang wanita berusua 28 tahun dan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 34 tahun untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya,, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,”

Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes, boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mohamad Hashim Kasman di talian 01115377837 atau bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan