Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah bersama-sama Dr Joachim Gunsalam (kiri) pada Forum Ketua Menteri, Gabenor dan Kerajaan Tempatan (CMLGF) ke-6.

Bangunkan SEZ di pintu masuk utama Sarawak

KOTA KINABALU, Okt 17: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mencadangkan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) di pintu masuk utama Sarawak khususnya di sempadan Tebedu-Entikong.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan meningkatkan perdagangan rentas sempadan, membuka potensi pembangunan sumber serta mengintegrasikan rantaian bekalan untuk manfaat bersama Sarawak dan Kalimantan Barat.

“Penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) di pintu masuk utama, khususnya Tebedu-Entikong, berpotensi untuk meningkatkan perdagangan rentas sempadan, pembangunan sumber dan mengintegrasikan rantaian bekalan untuk manfaat bersama Sarawak dan Kalimantan.

“Bank Pembangunan Asia, Sekretariat ASEAN dan rakan kongsi BIMP-EAGA perlu merangka rancangan konkrit untuk SEZ bagi memupuk pertumbuhan serantau, terutamanya di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Forum Ketua Menteri, Gabenor dan Kerajaan Tempatan (CMLGF) ke-6 sempena Mesyuarat Menteri Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ke-27 di Kota Kinabalu, Sabah.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak juga menyeru penyertaan aktif sektor swasta disokong trategi kerajaan yang jelas, insentif menarik dan proses yang telus sebagai elemen penting memacu pembangunan serantau dan mencapai matlamat bersama.

Selain itu, Awang Tengah turut menekankan peranan penting BIMP-EAGA dalam memacu pembangunan sosioekonomi dan mengukuhkan kedudukannya dalam ekonomi global.

“Kerjasama antara negara anggota BIMP-EAGA penting bagi memanfaatkan kekuatan unik setiap wilayah untuk mencapai manfaat sosio-ekonomi bersama serta meningkatkan perdagangan dan pelaburan,” ujarnya.

CMLGF dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah.

Forum itu turut dihadiri pemangku Pengerusi Bandar Seri Begawan, Sharinah Awang Suhaimi, pemangku Gabenor Provinsi Gorontalo, Republik Indonesia, Dr Mohammad Rudy Salahuddin dan Pengarah Pejabat Promosi Pelaburan dan Hal Ehwal Awam Pihak Berkuasa Pembangunan Mindanao, Filipina, Rodrigo Giducos.

CMLGF berfungsi sebagai platform yang menyatukan pemimpin dari Sarawak, Sabah, dan Labuan, serta pemimpin wilayah dari rantau BIMP-EAGA, yang merangkumi Indonesia, Filipina, dan Brunei Darussalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan