Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribut petir turut dijangka berlaku di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Foto hiasan Envato

Amaran ribut petir, hujan lebat di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 2 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri di Semenanjung yang terlibat adalah Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Maran dan Rompin, selain Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Ribut petir turut dijangka berlaku di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Situasi sama diramalkan berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Di Sarawak membabitkan Sibu (Selangau), Mukah dan Bintulu manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan