Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR menghantar bekalan makanan kepada mangsa terkandas di sebuah jeti di wilayah Tegalbuled, Sukabumi, Jawa Barat pagi tadi. Foto BASARNAS

70 orang terkandas di jeti kapal, fenomena ombak besar di Jawa Barat

JAKARTA, 17 Okt: Sekurang-kurangnya 70 orang termasuk nelayan terkandas di jeti milik syarikat Sumber Baja Prima (SBP) di wilayah Tegalbuled, Sukabumi, Jawa Barat susulan ombak besar mencecah 3.5 meter memusnahkan jambatan penghubung jeti terbabit pada Khamis.

Menurut Ketua Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) Edy Prakoso, ketika ini semua mangsa masih terperangkap dan tidak dapat kembali ke daratan berikutan fenomena ombak tinggi melanda.

“Jeti itu terletak satu kilometer dari pantai, jadi perlu menunggu ombak tinggi surut untuk memindahkan mereka yang terkandas,” katanya.

Beliau turut mendedahkan setakat ini pihaknya terus menghantar bantuan logistik makanan dan perubatan menggunakan helikopter kerana ketinggian ombak besar.

Usaha mencari mangsa lemas yang hilang juga masih belum dijalankan sehingga keadaan cuaca bertambah baik dan tidak membahayakan pasukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan