Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita berusia 37 tahun cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dipandu terbakar di hadapan Unaco, Batu 9, Siburan, tengah malam tadi. Foto JBPM

Wanita cedera, Toyota Wish dipandu terbakar

SIBURAN, 16 Okt: Seorang wanita berusia 37 tahun cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dipandu terbakar di hadapan Unaco, Batu 9 di sini, tengah malam tadi.

Komander Operasi, Justin Basik berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.31 tengah malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Wish telah terbakar keseluruhan.

“Pemandu yang mengalami kecederaan telah di hantar oleh unit EMRS ke hospital bagi mendapatkan rawatan awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota bomba bertindak melakukan pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan air dari jentera bagi mengawal serta memadam kebakaran.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan