Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Istiadat Pemasyhuran Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Rabu. Foto TVS

UNIMAS mampu lahirkan bakat dan kemahiran teknologi dalam bidang aeroangkasa – TYT

KUCHING, 16 Okt: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diyakini mampu menjadi platform penting bagi melahirkan bakat dan kemahiran teknologi dalam bidang aeroangkasa.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha tersebut adalah selari dengan aspirasi Sarawak dalam membangunkan bidang aeroangkasa yang juga membuka peluang besar untuk penyelidikan dan inovasi.

Menurutnya, UNIMAS perlu mencipta inovasi yang mengangkat nama negara di persada dunia terutama menjadi peneraju dalam bidang teknologi penerbangan dan angkasa.

“Dari sudut pandangan saya, UNIMAS perlu meneroka potensi dan mencari peluang kerjasama dengan industri antarabangsa dalam bidang aeroangkasa.

“Inisiatif ini bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan UNIMAS di peta dunia, tetapi juga menjadikan institusi kita 18/21 penyumbang utama kepada kemajuan sains dan teknologi angkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di Istiadat Pemasyhuran Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, dalam mendepani era kemajuan sains dan teknologi maka sebuah universiti perlu komited kepada kecemerlangan sebagai penggerak dalam bidang pembangunan teknologi dan inovasi.

“Ia termasuk dalam bidang tenaga boleh diperbaharui serta teknologi Carbon Capture, Utilization, and Storage (CCUS), metanol, hidrogen, dan juga aeroangkasa,” ujarnya.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan