Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) daripada Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Diraja Dr Zambri Abdul Kadir pada Majlis Istiadat Permasyuran Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Tun Dr Wan Junaidi dimasyur sebagai Canselor UNIMAS

KUCHING, 16 Okt:Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dimasyurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) keempat di Astana Negeri Sarawak hari ini.

Watikah pemasyhuran diserahkan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Diraja Dr Zambri Abdul Kadir pada Istiadat Pemasyhuran Censelor UNIMAS, di sini.

Sementara itu, dalam ucapan Tun Dr Wan Junaidi menerima tanggungjawab serta amanah yang berperanan sebagai penggerak aspirasi UNIMAS untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik dan penyelidikan, baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

“Dengan rasa rendah hati, saya menerima tanggungjawab besar ini dan saya sedar bahawa memikul amanah sebagai Canselor sebuah universiti bukan sahaja merupakan satu penghormatan, tetapi juga membawa tanggungjawab besar.

“la bukan sekadar simbol kepada universiti ini, tetapi juga berperanan penting sebagai penggerak aspirasi UNIMAS untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik dan penyelidikan, baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa,” kata beliau.

Istiadat pagi tadi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit.

Tun Dr Wan Junaidi dimasyurkan sebagai Censelor UNIMAS bagi menggantikan mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Dilahirkan di Kampung Pendam, Simunjan pada 1 Februari 1946, Tun Pehin Sri merupakan seorang graduan undang-undang daripada Universiti College of Buckingham, England dan memperoleh gelaran Utter Barrister daripada Council Of Legal Education, London.

Tun Dr Wan Junaidi dilantik pada 26 Januari 2024 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak,pada 16 Oktober 2024 selepas berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

Beliau juga telah menceburi dunia politik selama lebih 41 tahun dan merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat di Malaysia.

Dalam tempoh tersebut, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan