Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi merasmikan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak perkukuh momentum untuk bergelar peneraju serantau dalam sektor digital dan teknologi hijau

ByFebbright James

KUCHING, 16 Okt: Sarawak memperkukuhkan lagi momentum usahanya untuk menjadi peneraju serantau dalam bidang digital dan teknologi hijau dengan dibantu oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai kenderaan utamanya.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata memandangkan teknologi digital terus berkembang dan ekonomi seluruh dunia memanfaatkan inovasi seperti rangakaian AI dan 5G, maka wilayah ini akan lebih pro aktif dalam merealisasikan hasrat menjadi peneraju sektor terbabit di rantau ini.

“Seluruh dunia memanfaatkan inovasi seperti rangkaian AI, 5G dan Internet of Things (IoT) untuk dibentuk semula bagi mencapai kecekapan yang lebih tinggi.

” Malaysia telah membuat kemajuan yang signifikan dalam arena ini, dan Sarawak komited untuk mengekalkan kepantasan bertujuan untuk menjadi peneraju serantau dalam inovasi digital
dan teknologi hijau, dengan AI sebagai alat penting bagi pembangunan yang bertanggungjawab,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Digital Ekonomi Sarawak IDECS 2024 ke-7 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.

Jelas Abang Johari AI semakin dikenali sebagai pemboleh strategik dalam memajukan Kelestarian Matlamat Pembangunan (SDGs) kerana Aplikasinya menjangkau luas pelbagai sektor, termasuk tenaga, pertanian, pembuatan, dan pembangunan bandar, dengan ketara menyumbang kepada penjagaan alam sekitar.

“Dengan memudahkan keputusan dipacu data, AI memperkasakan industri dan kerajaan untuk mengoptimumkan operasi, mengurangkan pembaziran, dan menggalakkan penggunaan sumber yang bertanggungjawab,”

“Penggunaan meluas teknologi ini membolehkan sektor ekonomi untuk mempelbagaikan strategi mereka, memperkemas bekalan rantaian, dan mengekalkan daya saing,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan