Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safrey Sumping, malim gunung yang menjadi naib juara Climbathon Kinabalu 2024 baru-baru ini dan merupakan juara bagi tahun 2016 dan 2017. Foto TVS

Safrey Sumping, malim gunung kebanggaan Sabah

ByRegina Lee

KUNDASANG, 16 Okt: Langkah pantas dan stamina luar biasa, Safrey Sumping, malim gunung dari Sabah menjadi simbol kebanggaan tempatan apabila seringkali kali menduduki podium  Climbathon Kinabalu.

Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu ke-31 baru-baru ini menyaksikan dia merangkul tempat kedua dalam kategori Lelaki Veteran dengan mencatat rekod tiga jam 52 minit.

“Walapun hanya mendapat tempat kedua pada edisi kali ini, saya gembira dengan tahap prestasi saya kerana sudah tujuh tahun acara ini tidak diadakan,” katanya  ketika ditemui TVS di puncak Gunung Kinabalu pada Selasa.

Safrey sebelum ini berjaya menjuarai kategori Lelaki Elit dua tahun berturut-turut pada 2016 dan 2017 sebelum pertandingan itu dihentikan pada 2018.

Tidak menyembunyikan persiapan latihannya bagi edisi kali ini, Safrey berkata, dia melakukan latihan menanjak, di samping mengakui kerjaya sebagai malim gunung memberi kelebihan buatnya.

“Persiapan yang saya lakukan ialah membuat latihan menanjak, iaitu naik turun gunung Kinabalu empat kali dalam sehari.

“Sekiranya acara ini setiap tahun dianjurkan, saya akan sertai setiap edisi kerana ia bagus, ia membakar semangat kita untuk terus berlatih,” katanya lagi.

Kejayaan malim gunung ini dalam Climbathon Kinabalu membuktikan bahawa ketahanan mental dan fizikal yang terlatih melalui pengalaman harian mampu mengatasi batasan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan