Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang kepada pegawai-pegawai pelbagai peringkat sempena Perhimpunan Bulanan Peringkat IPD Miri di sini, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Polis Miri tingkat kawalan keselamatan hadapi perubahan cuaca

ByVanessa Enjop

MIRI, 16 Okt: Polis Miri siap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) dengan mengoptimumkan kawalan keselamatan di sini

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu memberi jaminan tindakan proaktif pasukannya dalam menjaga keselamatan orang awam menghadapi perubahan cuaca yang dijangka berlaku.

Alexson berkata, penugasan pasukan polis akan digerakkan secara optimum bagi kawalan keselamatan antara agensi dan kemanusiaan dalam menghadapi perubahan cuaca monsun timur laut.

“Kita masih lagi bersiaga-siaga dalam menghadapi perubahan cuaca…Hujan serta ribut petir dijangka berlaku di sekitar Bandaraya Miri dan kawasan sekitarnya.

“Kesiapsiagaan kita tidak semestinya dalam menghadapi bencana alam sahaja tetapi juga dalam menghadapi situasi kejadian jenayah dan penyelahgunaan dadah di daerah Miri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Alexson turut menyuarakan kebimbangan terhadap isu salah laku dalam pasukan polis yang semakin menular dan menjadi perhatian di media sosial.

“PDRM sedang berhadapan dengan pelbagai tuntutan masyarakat… namun, apa yang membimbangkan adalah isu integriti, termasuk aktiviti jenayah dan rasuah. Justeru, perlulah adanya penyeliaan yang tegas untuk menangani persepsi negatif masyarakat.

“Sebelum kita bertindak melakukan sesuatu, kita harus fikirkan sama ada perbuatan yang kita lakukan itu boleh membawa implikasi yang boleh memudaratkan pasukan. Perbuatan salah laku akan mencemar nama baik seluruh pasukan PDRM,” tambahnya.

Alexson menyeru kepada semua peringkat pegawai kanan, anggota pangkat rendah dan pegawai awam PDRM IPD Miri untuk bersama-sama memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di sepanjang tahun 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan