Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RM56 juta diperuntukkan melalui agensi-agensi pembangunan wilayah Sarawak bagi pembangunan pusat hemodialisis baharu, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, serta penambahbaikan di beberapa klinik dan hospital. Foto: TVS

Pembinaan klinik kesihatan baharu di Batang Lupar dilaksanakan secara berperingkat

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Cadangan pembinaan klinik kesihatan baharu di kawasan Batang Lupar akan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuklah ketersediaan tapak dan kesediaan peruntukan pembangunan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sememangnya mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk menggantikan klinik-klinik lama terutama yang dibina daripada kayu termasuk klinik kesihatan Lingga dan Maludam.

“KKM sentiasa berusaha untuk memastikan penyampaian kesihatan yang berkualiti diberikan dan kerja-kerja naik taraf dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi fasiliti kesihatan di Parlimen Batang Lupar,” katanya menerusi jawapan lisan yang dipaparkan di laman web rasmi Parlimen Malaysia.

Selain itu katanya, klinik kesihatan di Tanjung Bijat Bahagian Sri Aman telah menerima peruntukan khas klinik daif daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi pembinaan blok baharu yang kini berada dalam peringkat reka bentuk dan dijangka siap pada tahun 2027.

Dalam perkembangan sama katanya, terdapat tiga klinik kesihatan di sekitar kawasan Maludam dan Beladin yang menyediakan perkhidmatan ambulans iaitu di Pusa (tiga unit ambulans), Maludam (satu unit ambulans) dan Beladin (satu unit ambulans).

“Klinik Kesihatan Beladin akan menerima satu unit ambulans baru yang dijangka diagihkan pada pertengahan tahun 2025,” ujarnya.

Perkhidmatan ambulans tersebut jelas beliau akan mampu memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan di sekitar kawasan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan