Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Pekan Lubok Antu dan Engkilili akan dimasukkan dalam Rolling Plan (RP) 5 Tahun 2025, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Pembinaan BBP Engkilili dan Lubok Antu dimasukkan dalam Rolling Plan 5 RMKe-12

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Pekan Lubok Antu dan Engkilili akan dimasukkan dalam Rolling Plan (RP) 5 Tahun 2025, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata status terkini bagi pembinaan kedua-dua BBP masih dalam pertimbangan agensi pusat berikutan permohonan di dalam RP4 RMKe-12 tidak mendapat pertimbangan untuk kelulusan agensi pusat.

“Kementerian telah membuat permohonan projek pembinaan BBP Engkilili kategori D di atas tanah berkeluasan 1.33 ekar dalam Rolling Plan Empat (RP4) Tahun 2024, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Namun, permohonan tersebut tidak dapat dipertimbangkan untuk kelulusan oleh agensi pusat.

“Sehubungan itu, kementerian telah membuat permohonan semula projek pembinaan berkenaan dalam Rolling Plan Lima (RP5) Tahun 2025, RMKe-12 dan masih dalam pertimbangan agensi pusat.

“Permohonan tapak tanah seluas 4.3 ekar bagi BPP Lubok Antu pula telah dikemukakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada JKPTG Sarawak pada 9 September 2021 yang kemudiannya telah dikuiri oleh pihak JKPTG dan perlu dibuat permohonan semula secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pembangunan dan Perancangan Negeri (eSPA),” katanya menerusi jawapan lisan yang dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen Malaysia.

Terdahulu, Ahli Parlimen Lubok Antu minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan status terkini pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Pekan Lubok Antu dan Engkilili, adakah ianya akan dimasukkan dalam Rolling Plan 5 RMKe-12, serta apakah penjelasan diberikan pihak pembuat keputusan di peringkat pusat yang mengambil masa lama untuk mempertimbangkan kelulusan kedua-dua BBP ini.

Namun, beliau tidak menyatakan tempoh masa diambil dalam pertimbangan kelulusan pembinaan BBP kerana ia akan melalui dua proses iaitu Kajian Risiko Kebakaran (Fire Cover Analysis) dan kelulusan Kementerian Ekonomi.

Ini kerana keperluan penyediaan fasiliti kebombaan yang baharu bagi kedua-dua kawasan terbabit adalah kurang mendesak menerusi Kajian Risiko Kebakaran dimana skor risiko di kawasan Engkilili dan Lubok Antu masih kekal iaitu masing-masing dengan 7 dan 8 markah.

“KPKT melalui (JBPM) sentiasa berusaha untuk memastikan khidmat kebombaan terus diperkasa dan diperluas kepada seluruh masyarakat terutamanya melibatkan kawasan-kawasan di luar capaian,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan