Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Ahmad Hata Rasit. Foto TVS

Pemasyhuran TYT sebagai Canselor ke-4 UNIMAS lakar sejarah baharu

KUCHING, 16 Okt: Pemasyhuran Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Canselor ke-4 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah baharu universiti tersebut.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, dengan kepimpinan Canselor yang baharu, UNIMAS akan terus berkembang sebagai institusi yang unggul, mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, penyelidikan, dan inovasi.

Katanya, dengan pengalaman dan kebijaksanaan Tun Wan Junaidi  universiti itu akan terus melangkah maju, menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara, di samping UNIMAS sentiasa memainkan peranan penting dalam menghasilkan graduan yang berpengetahuan serta berdaya saing di peringkat global.

“Pengurusan universiti yakin dengan pengalaman dan kebijaksanaan beliau universiti ini akan terus melangkah maju, menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara di samping dapat membawa UNIMAS ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi, memperkukuh tradisi kecendekiawanan dan inovasi yang telah dibina selama ini.

“Kami percaya, dengan kepimpinan Tun Wan Junaidi UNIMAS akan terus memainkan peranan penting dalam menghasilkan graduan yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika Istiadat Pemasyhuran Canselor UNIMAS di Astana Negeri Sarawak hari ini.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr Zambri Abdul Kadir percaya Tun Wan Junaidi sebagai sosok pemimpin yang akan bersama-sama UNIMAS membantu dan sebagai arah pandu dalam apa jua perancangan universiti kelak.

“Begitulah harapan saya dengan pelantikan Tun Wan Junaidi sebagai Canselor UNIMAS yang baharu dan Kekuatan universiti pasti bertambah teguh dengan peranan Tun, begitu juga kerjasama erat di antara UNIMAS dan kerajaan negeri dan persekutuan dipereratkan lagi.

Turut hadir menyaksikan pelantikan tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Seri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee, Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie serta anggota lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan