Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mariana Ismail bersama tetamu yang hadir pada sesi preview Mitsubishi Triton 2024 di Kuching hari ini. Foto TVS

Pemanduan lasak dan selesa daya tarikan pikap Mitsubishi Triton 2024

KUCHING, 16 Okt: Sensasi pemanduan lasak dan selesa merupakan daya penarik pikap Mitsubishi Triton 2024 yang bakal menelusuri segenap pelosok kota juga desa.

Pengarah Urusan Kumpulan Ismaco Jimisar, Mariana Ismail berkata, label trak pikap sebagai kenderaan komersial untuk mengangkut bahan binaan atau mengangkut hasil tanaman dari ladang sudah lapuk, malah fungsinya kini berubah seiring dengan trend semasa selain kehendak pasaran.

Mariana turut teruja untuk berkongsi berkenaan salah satu varian terbaharu Mitsubishi Triton Single Cab yang merupakan produk bintang bagi edisi kali ini.

“Antara kelebihan utama Single Cab ini adalah harganya yang begitu kompetitif, sedikit melebihi RM100,000. Ia turut berada di kelasnya tersendiri terutama prestasi kuasa kuda serta tork dan kelebihan utama yang begitu istimewa bagi Triton Single Cab ini adalah keluasan dimensi atau ruangan kargo.

“Ruang penyimpanan barangannya amat luas dan saya pasti ini akan memberi banyak manfaat kepada pengguna single cab di luar sana,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi preview Mitsubishi Triton 2025 di Ismaco Jimisar Autotrade di sini, hari ini.

Tambahnya, pengguna masa kini juga lebih selektif serta mempunyai citarasa yang berbeza, jadi tidak hairanlah jika mereka mahukan trak pikap yang mempunyai ciri-ciri versatil untuk keperluan tugasan komersial harian serta santai dan yang paling utama adalah ciri keselamatan.

Mitsubishi Triton model terbaharu yang diumumkan oleh Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) ini menawarkan lima varian terdiri daripada Triton Single Cab yang begitu sesuai untuk kerja-kerja berat, kasar dan lasak hinggalah kepada varian flagship, Triton Athlete. Harga anggaran bagi model-model ini bermula dari RM103,735.10 hingga RM167,907.40.

Unit janaan kuasa Triton generasi baharu ini terdiri daripada unit 4N16 – 2.4 liter VGT turbodiesel yang menjana 184 Kuasa Kuda (PS)/430 Newton meter (Nm) untuk Single Cab, sementara variasi Athlete pula menerima versi janaan 204 PS/470 Nm dengan pengecas turbo dua peringkat.

Mitsubishi Triton Single Cab didatangkan dalam warna putih, manakala Triton Athlete pula mempunyai tiga warna pilihan antaranya termasuklah Yamabuki Orange, White Diamond dan Black Mica.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Mitsubishi Triton edisi terbaharu ini boleh berkunjung ke bilik pameran Ismaco Jimisar yang terletak di Lot 12144, Blok 16, Jalan Sherip Masahor, Kuching.

Mariana menjanjikan pengalaman menarik kepada mereka yang ingin merasai pemanduan luar biasa Mitsubishi Triton terbaharu yang boleh didapati di pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S) Ismaco Jimisar, yang dimiliki sepenuhnya oleh anak tempatan Bumi Kenyalang, selain menjadi pusat 3S terbesar dan utama di negeri ini dan ini termasuklah cawangan lainnya di Sibu dan Bintulu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan