Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Dato Ir. Sudarnoto Osman, ketika ditemubual oleh TVS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semasa Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024. Foto Nadim Bokhari (TVS)

MoU SDEC bantu tingkat keupayaan PKS Sarawak dalam era digital

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 16 Okt: Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) diyakini mampu membantu meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) wilayah ini bergerak dalam dunia digital.

“MoU tersebut selari dengan aspirasi kerajaan Sarawak dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang memberi tumpuan kepada digitalisasi dan kemampanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Ir. Sudarnoto Osman.

“MoU yang kami tandatangani hari ini akan membawa manfaat besar, terutamanya kepada PKS yang sering kali menghadapi cabaran dalam mengakses teknologi terkini.

“Dengan adanya perisian ‘low code’, mereka kini boleh ‘plug and play’ serta menggunakan perisian untuk menguruskan operasi harian tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi,” ujar beliau ketika ditemu bual oleh TVS selepas majlis pemeteraian MOU yang diadakan pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa perisian ini akan membantu PKS menguruskan operasi perniagaan seperti perisian pengurusan sumber manusia dan kewangan.

“Ini adalah teknologi yang mudah diakses, terutama bagi PKS yang memerlukan penyelesaian cepat untuk menjalankan perniagaan mereka dengan lebih efisien,” tambahnya lagi.

Selain itu, SDEC turut terlibat dalam beberapa inisiatif teknologi lain seperti pertanian pintar dan penempatan satelit di orbit rendah Bumi (LEO).

“Kami bukan hanya fokus pada industri besar, tetapi juga pada startup dan PKS.

“Inisiatif seperti ini penting untuk memastikan semua sektor ekonomi di Sarawak mendapat manfaat daripada transformasi digital ini,” jelasnya

Beliau juga optimis bahawa inisiatif-inisiatif tersebut akan membuka lebih banyak peluang kepada PKS untuk berkembang.

Untuk rekod, MoU tersebut telah dimeterai semasa Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024, yang disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pemeteraian ini dilihat sebagai langkah penting dalam usaha Sarawak untuk menjadi hab digital utama di rantau ini serta mencapai aspirasi PCDS 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan