TANJUNG MANIS, 16 Okt: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Damak, Pantai Belawai di sini, ditemui selamat malam ini.
Dalam kejadian itu, difahamkan mangsa dikenali sebagai Sali Sabri berusia 61 tahun keluar mencari kayu api pagi tadi.
Komander Operasi, Alban Gayan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.30 malam.
“Sehubungan itu, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelama (SAR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa yang dilaporkan hilang telah balik sendiri ke rumahnya pada jam 7.30 malam dalam keadaan selamat.
“Pihak bomba bergerak ke rumah mangsa untuk mengambil maklumat, dengan penemuan mangsa tiada operasi SAR dijalankan,“ ujarnya.- TVS