Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPM mahu memperluaskan lagi projek rintis kelas hibrid bagi membangunkan lagi kemahiran digital dalam ekosisitem pembelajaran kepada 400 buah kelas di seluruh negara. Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

KPM perluaskan projek rintis kelas hibrid kepada 400 kelas tahun depan

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Kementerian Pendidikan (KPM) mahu memperluaskan lagi projek rintis kelas hibrid bagi membangunkan lagi kemahiran digital dalam ekosistem pembelajaran kepada 400 buah kelas di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Wong Kah Woh berkata projek terbabit akan meliputi sekolah-sekolah yang terpilih dari bandar dan juga luar bandar.

Beliau berkata kementeriannya sentiasa menyedari kepentingan penambahbaikan berterusan terhadap ekosistem pendidikan digital agar lengkap dan kondusif di semua sekolah, termasuk di sekolah di luar bandar.

“Projek rintis kelas hibrid telah dilaksanakan di 110 buah institusi pendidikan terpilih termasuk sekolah-sekolah luar bandar yang melibatkan 550 buah kelas bermula pada tahun 2021 dan kelas pintar ini dilengkapi dengan kemudahan peralatan digital Smartboard, TV pintar, set kamera dan perakam suara (air mic).

“Berkenaan dengan akses internet, KPM telah melaksanakan perolehan baharu perkhidmatan internet bagi tempoh Julai 2024 hingga Jun 2025 termasuk sekolah-sekolah di luar bandar.

“Khas untuk sekolah-sekolah luar bandar, KPM telah memperkasakan sebanyak 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan 16 buah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara termasuk di luar bandar sebagai pusat kecemerlangan (COE) untuk inisiatif pendidikan digital sejak tahun 2022 dan naik taraf ini telah pun selesai pada tahun 2024 melibatkan peruntukan sebanyak RM 44.6 juta,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh membangkitkan perkara berkenaan yang mahu mendapatkan perkembangan usaha membangunkan kemahiran digital bagi pelajar di sekolah-sekolah luar bandar dan kaedah yang akan diguna pakai dalam menyelesaikan isu kekangan peralatan yang diperlukan oleh sekolah-sekolah luar bandar bagi mengadaptasi teknologi dan digital.

Tambah Kah Wong, KPM juga telah melengkapkan perkakasan ICT di makmal komputer sekolah secara berfasa termasuk di sekolah-sekolah luar bandar yang melibatkan 21 unit pembekalan komputer riba, satu unit pencetak multifunction, satu unit projektor dan satu unit charging cart.

“Projek ini dilaksanakan melalui tiga fasa bermula pada tahun 2021 sehingga 2023 yang melibatkan agihan sebanyak 244,158 peranti. KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem pembelajaran berasaskan teknologi dan digital secara berterusan termasuk di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan