Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menterinya Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, kerajaan juga akan menggariskan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 dalam tempoh 12 bulan akan datang. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Kerajaan teliti keperluan Rang Undang-undang AI, lancar Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030

ByZhahrulniza

Kuala Lumpur, 16 Okt: Kementerian Digital sedang menilai keperluan pembangunan satu  rang undang-undang khusus berkaitan AI sepertimana yang dilaksanakan oleh negara-negara Kesatuan Eropah (EU) menerusi penguatkuasaan The European Union Artificial Intelligence Act.

Timbalan Menterinya Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, kerajaan juga akan menggariskan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 dalam tempoh 12 bulan akan datang yang merupakan kesinambungan daripada Pelan Tindakan 2021-2025 sebelum ini.

“Kerajaan komited untuk memanfaatkan teknologi baru muncul seperti Kecerdasan Buatan (AI) dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memastikan Malaysia kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengenai langkah kementerian dalam menghadapi cabaran etika, peraturan dan perundangan yang berkaitan teknologi baharu.

Dalam pada itu katanya, setakat 4 Oktober lepas seramai 1.19 juta rakyat Malaysia terlibat dalam program AI untuk Rakyat melibatkan kira-kira 7,000 peserta adalah bagi kategori di bawah umur 18 tahun, 422,000 (18 hingga 35), 599,000 (36 hingga 50) dan 170,000 (50 tahun ke atas).

“Program ini bertujuan meningkatkan literasi digital dan pemahaman rakyat mengenai AI dengan program ini menyediakan modul pembelajaran kendiri dalam talian yang boleh diakses semua lapisan masyarakat,” katanya

Sementara itu, menjawab soalan tambahan mengenai penglibatan wanita dalam program AI, beliau berkata kementerian mempunyai satu program dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) iaitu ‘women in text Malaysia’ yang bertujuan meningkatkan penyertaan wanita dalam pendidikan teknologi.

“Program mentor wanita untuk wanita akan memperkasakan lebih 1,000 wanita muda,” katanya – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan