Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima orang terkorban pada Rabu dalam kebakaran di sebuah kilang kertas. Foto hiasan Envato

Kebakaran di Tabuan Desa akibat dibaling molotov cocktail, polis giat kesan suspek

KUCHING, 16 Okt: Pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun berhubung kejadian kebakaran di kawasan halaman rumahnya di Tabuan Desa, di sini, malam tadi akibat dibaling menggunakan botol kaca berisi minyak tanah (molotov cocktail) oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, sebanyak tiga buah kereta dan lapan buah motosikal pelbagai jenis serta pelbagai barangan elektrik dan kabinet telah terbakar salam kejadian itu.

“Mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM 250,000 akibat kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

“Kita meminta orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau di mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Stephen Buda Kiding di talian 014-8801514.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang, tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang mengambil tindakan di luar batasan undang-undang,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan