Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Monument Mining Limited, Cathy Zhai. Foto TVS

Kanada sedia bekerjasama bangun sektor perlombongan Sarawak

KUCHING, 16 Okt: Usaha Sarawak untuk membangunkan sektor perlombongannya berjaya menarik perhatian global, termasuk pemain industri gergasi seperti Monument Mining Limited.

Ketua pegawai eksekutifnya, Cathy Zhai memaklumkan pihaknya sedia bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam mengembangkan potensi sumber mineral di negeri ini.

Dengan kepakaran dan pengalaman syarikat yang berpangkalan di Vancouver, British Columbia, Kanada itu, kata Cathy, peluang untuk memajukan industri perlombongan di Sarawak dilihat cerah selain memberikan impak positif kepada ekonomi tempatan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Antara inisiatif awal menerusi perbincangan dengan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan kerjasama dengan YAST Group, menunjukkan langkah proaktif dalam membangunkan bakat dan kepakaran tempatan.

“Baru-baru ini, kami ada mengadakan pertemuan awal dengan pegawai kerajaan, ketua jabatan perlombongan, dan CENTEXS menerusi YAST Group, perbincangan itu menjurus kepada bagaimana kami boleh memainkan peranan dalam menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan sektor perlombongan.

“Sektor ini masih menjadi tulang belakang kepada negara, tetapi ia harus dilaksanakan dengan penggunaan teknologi tinggi dan baharu,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Melalui usaha ini, hasrat Monument Mining Limited bukan sahaja meningkatkan pengeluaran mineral tetapi juga memupuk pengetahuan dan kemahiran yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.

Menurut Cathy, untuk mencapai matlamat ini, adalah penting untuk melatih tenaga kerja yang mahir dan melibatkan komuniti tempatan.

Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan program latihan dan pendidikan untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan penduduk setempat mengenai perlombongan.

“Di Sarawak mempunyai institusi kemahiran yang menawarkan pelbagai program yang berbeza serta selari dengan perkembangan ekonomi semasa.

“CENTEXS, merupakan pilihan tepat untuk mewujudkan program pengajian perlombongan, selari dengan aspirasi Sarawak untuk membangunkan sektor itu.

“Sekarang sudah ada, program minyak dan gas, tetapi setakat ini belum ada program berkaitan perlombongan ditawarkan, jika hendak membangunkan sektor itu, kita memerlukan tenaga kerja,” katanya.

Jelasnya, keperluan untuk mewujudkan program pengajian baharu itu disifatkan wajar, dengan penglibatan pihak berkaitan.

Untuk rekod, Monument Mining Limited antara pemain utama di Malaysia dengan projek Selinsing Gold Mine di Lipis, Pahang yang menjadi tulang belakang bagi kejayaan menghasilkan sekitar USD 550 juta dalam hasil kasar dan keuntungan bersih lebih daripada USD 280 juta hasil daripada penerokaan dengan menggunakan teknologi terkini.

Sebelum ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Sarawak ke Kanada untuk mempelajari pengurusan dan operasi sektor perlombongan di negara itu.

Amalan teknologi maju, serta fokus kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), merupakan aspek penting yang boleh diadaptasi untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pembangunan sektor itu di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan