Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan Sarawak akan melancarkan ‘AI Talent Development Initiative” atau Inisiatif Pembangunan Bakat AI. Foto hiasan Envato

Inisiatif Pembangunan Bakat AI Sarawak lahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi

ByFebbright James

KUCHING, 16 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan Sarawak akan melancarkan ‘AI Talent Development Initiative” atau Inisiatif Pembangunan Bakat AI.

Jelasnya, inisiatif ini untuk membentuk tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dengan celik AI lanjutan selaras dengan keperluan industri masa depan.

“Inisiatif ini merupakan komitmen Sarawak untuk memanfaatkan AI sebagai pemacu utama transformasi digital merentasi pelbagai sektor.

“Dalam pada itu, Kerajaan Sarawak sedang membentuk Unit AI dalam perkhidmatan awam dan membangunkan pusat data AI untuk memperkukuh keupayaan sektor ini.

“Kita akan bekerjasama rapat dengan pakar industri, ahli akademik, kerajaan persekutuan, dan badan antarabangsa untuk memastikan sama-sama menyumbang kepada transformasi AI ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Digital Ekonomi Sarawak (IDECS) ke-7 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Tambahnya, kerajaan kekal komited untuk melaksanakan strategi digital yang beretika dan telus bagi meningkatkan kualiti hidup setiap rakyat Sarawak.

Oleh itu, Sarawak juga sedang menubuhkan Pusat AI yang berperanan penting dalam memacu inovasi dan meletakkan Sarawak sebagai hab untuk penyelidikan dan pembangunan AI.

“Melalui kerjasama strategik dengan institusi akademik, pemimpin industri, dan agensi kerajaan, Pusat AI Sarawak akan membina ekosistem AI yang dinamik.

“Salah satu inisiatif utama Pusat ini adalah program “AI untuk Pertanian Pintar,” yang menggunakan analitik data yang dikuatkuasakan oleh AI untuk mengoptimumkan hasil tanaman dan mempromosikan kelestarian dalam pertanian,” jelasnya.

Pusat ini juga menerajui projek-projek dalam bidang kesihatan seperti analitik ramalan untuk pengesanan awal penyakit serta meningkatkan kecekapan tenaga melalui sistem grid pintar yang dikuasakan oleh AI.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan