Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi IDECS 2024, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki ketika berucap dalam Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) ke-7 2024 di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) Kuching pada Selasa. Foto Nadim Bokhari (TVS)

IDECS tonjol komitmen berterusan Sarawak pupuk inovasi untuk majukan ekonomi

ByWilly Jali

KUCHING, 16 Okt: Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) ke-7 2024 merupakan platform bagi memperkasakan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk meneroka impak teknologi digital dan membina masa depan yang lestari.

Menurut Pengerusi IDECS 2024 yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, inisiatif ini diperkukuhkan lagi dengan jalinan kerjasama bersama rakan global yang lain dalam memperkasakan teknologi AI sekaligus dapat memacu pertumbuhan digital yang merentasi pelbagai sektor.

“IDECS menunjukkan komitmen berterusan Sarawak dalam memupuk inovasi dan memajukan ekonomi digital melalui platform ini. Sejak dilancarkan pada 2017, IDECS telah memainkan peranan penting dalam merangka strategi, memupuk kerjasama, dan mempercepatkan kemajuan Sarawak ke arah matlamat menjadi ekonomi digital bertaraf dunia menjelang 2030.

“Saya yakin bahawa IDECS akan menyediakan platform untuk membincangkan peluang-peluang ini, memupuk kerjasama antarabangsa dan memupuk inisiatif penyelidikan baharu yang boleh memberi kemajuan kepada Sarawak dalam bekalan global, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) ke-7 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Selasa.

Dalam pada itu, katanya, IDECS komited untuk mempromosikan perkongsian amalan terbaik untuk membantu membentuk dasar dan rangka kerja sekaligus meransang peluang penyelidikan dalam mengukuhkan laluan Sarawak untuk menjadi peneraju ekonomi digital global.

“Setiap tahun, IDECS menghimpunkan pemikir terkemuka, pakar industri, pembuat dasar, dan inovator untuk meneroka potensi teknologi yang transformatif. Ia menjadi pemangkin dialog dan kerjasama serta mencetuskan penyelesaian inovatif.

“Selain itu, kita akan memberi tumpuan kepada teknologi hijau dan inovasi, memupuk kerjasama, memastikan kesaksamaan dan akses, merangka polisi dan peraturan yang berkesan,” ujarnya.

Bertemakan Kecerdasan Buatan untuk Pembangunan Lestari: Mengemudi Masa Depan Mampan dan Hijau, IDECS 2024 selaras dengan keperluan global untuk pembangunan lestari dan komitmen Sarawak dalam mencipta masa depan dengan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial, dan kelestarian alam sekitar.

Persidangan yang memasuki edisi ke tujuh dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Lembaga Multimedia Sarawak menyediakan pengisian program menarik yang merangkumi sesi mengenai ‘The Future’, ‘Future Cities’, ‘She Tech’, dan ‘Start-Up Village’.

Majlis turut menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) yang menyaksikan pelbagai kerjasama berpaksikan kepada transformasi, kemampanan, dan inovasi teknologi digital.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan