Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

‘Dayang’ jadi rakan karib rakyat Sarawak

KUCHING, 16 Okt: Sarawak memperkasakan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam negeri dengan memanfaatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI yang dikenali sebagai ‘Dayang’.

Kewujudan ‘Dayang’ dalam sistem perkhidmatan awam negeri bertujuan untuk memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah melalui peranti mudah alih.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah tersebut merupakan usaha kerajaan Sarawak merapatkan jurang antara rakyat dan pentadbiran negeri selain memperkemas penyampaian.

“Kami (Kerajaan Sarawak) juga mengutamakan penggunaan AI dalam penyampaian perkhidmatan awam. Kami menggunakan sistem maya iaitu Dayang atau chatbot yang boleh berinteraksi dengan manusia dengan pelbagai bahasa.

“Sistem ini akan membolehkan rakyat Sarawak mengakses perkhidmatan kerajaan dengan mudah melalui peranti mudah alih,” katanya ketika berucap pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024 di Pusat Konvenysen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Abang Johari memaklumkan dengan adanya sistem ini, ia akan dapat memberikan nilai tambah yang positif kepada masyarakat sekaligus dapat membantu menguruskan sistem perkhidmatan kerajaan.

“Alat ini meningkatkan interaksi pengguna dan menyediakan perkhidmatan setempat, menyokong fungsi asas seperti pembayaran bil, bantuan ID Sarawak, pendaftaran kontraktor, dan pelaporan kes melalui Talikhidmat,” katanya lagi.

Terdahulu, Abang Johari turut menyempurnakan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang menyaksikan pelbagai kerjasama berpaksikan kepada transformasi, kemampanan dan inovasi teknologi digital. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan