Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi AZAM di bangunan Pusat SDG, Kuala Lumpur. Foto AZAM Sarawak

AZAM Sarawak perluas kerjasama lestari, perkasa pembangunan belia

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 16 Okt: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak komitedĀ melaksanakan projek pembangunan melibatkan komuniti dan belia di wilayah ini.

Ketua pegawai eksekutifnya, Ali Suhaili berkata pihaknya telah membentangkan pelan pembangunan masa depan yang menumpukan kepada memperkasa komuniti melalui pendekatan komunikasi partisipatif dan pembangunan berasaskan pengetahuan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kunjungan hormat baru-baru ini.

“Kunjungan hormat ini merupakan satu langkah signifikan dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik kami, membuka ruang untuk AZAM meneroka peluang kolaborasi di peringkat nasional dan antarabangsa terutamanya di rantau ASEAN dalam usaha mempercepatkan pembangunan komuniti di Sarawak.

“Melalui pendekatan komunikasi yang inklusif dan kolaboratif, kami yakin dapat mencapai impak yang lebih besar dalam memperkasa komuniti dan belia di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya kerjasama tersebut juga dijangka memperkukuh usaha AZAM dalam menyokong pembangunan komuniti yang mampan dan inklusif.

Kunjungan selama satu jam itu juga jelas Ali, memberi dorongan positif kepada AZAM dalam menyokong pertumbuhan program sosio-ekonomi yang boleh diterjemahkan kepada tindakan nyata di lapangan.

Selain itu rombongan AZAM Sarawak turut berkunjung ke Pusat SDG Kuala Lumpur yang antara lain bertujuan untuk mengenal pasti peluang kerjasama dalam memastikan prinsip Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) diterapkan dalam program pembangunan komuniti yang dilaksanakan AZAM Sarawak.

Pengurus Komunikasi Strategik AZAM Sarawak, Hassnal Hakim berkata lawatan tersebut membuka peluang besar untuk AZAM Sarawak memahami dengan lebih mendalam bagaimana prinsip SDG boleh diterapkan dalam projek-projek komuniti.

“Ini adalah peluang yang amat penting untuk memastikan inisiatif kami terus memberi impak jangka panjang yang mampan kepada masyarakat.

“Kami juga menantikan kedatangan delegasi dari Pusat SDG KL ke Kuching pada 20 hingga 23 Oktober ini sempenaĀ Sarawak Urban Forum, yang akan memperkukuh kerjasama dalam merealisasikan matlamat pembangunan lestari di Sarawak,” ujarnya.

AZAM yakin bahawa melalui kerjasama erat dengan pelbagai agensi di peringkat nasional dan antarabangsa, program-program inovatif dan berimpak tinggi yang dijalankan akan terus memberi manfaat kepada rakyat Sarawak selaras dengan matlamat negeri ini untuk mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan