Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo UNRWA. Foto United Nations Relief And Work's Agency (FB)

Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin

ByBernama

AMMAN, 16 Okt: Duta Arab Saudi ke Jordan, Naif Al-Sudairi pada Isnin menyampaikan cek kepada Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini sebagai sumbangan daripada Kerajaan Arab Saudi bagi menyokong program dan operasi UNRWA, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Al-Sudairi menekankan komitmen Kerajaan Arab Saudi dalam menyokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.

Lazzarini melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan itu, sambil menyatakan bahawa ia akan membolehkan UNRWA terus menyediakan perkhidmatan penting termasuk pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada pelarian Palestin yang terdedah di Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Beliau menekankan situasi yang teruk di Gaza, di mana lebih 650,000 kanak-kanak tidak bersekolah dan mengalami trauma psikologi.

Lazzarini turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan undang-undang Israel yang menyasarkan UNRWA dan keadaan yang semakin merosot di Gaza berikutan serangan Israel baru-baru ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan