Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Abang Johari bakal umum inisiatif baharu lonjak ekonomi Sarawak

ByFebbright James

KUCHING, 16 Oktober 2024 : Sarawak kini mengorak selangkah lagi ke hadapan dalam memajukan sektor digital dan industrinya dengan kecerdasan buatan (AI) sebagai kenderaannya.

Pagi ini di Pusat Konvensyen Kuching (BCCK), Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan Persidangan Antarabangsa Digital Ekonomi Sarawak (IDECS) ke-7.

Abang Johari dijangka bakal mengumumkan beberapa perkara berkenaan inisiatif-inisiatif terkini yang amat dinanti-nantikan pemain industri digital.

Inisiatif tersebut dijangka bakal melonjakkan tidak hanya ekonomi malah meletakkan Sarawak dalam peta pelaburan digital dunia.

Laporan lanjut menyusul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan