Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) telah berjaya memvaksin kira-kira 93,000 kanak-kanak di bawah usia sepuluh tahun di kawasan tengah Semenanjung Gaza, sebagai sebahagian daripada pusingan kedua kempen pemvaksinan polio. Foto fail AFP

93,000 kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio dalam pusingan kedua kempen

ByBernama

RAMALLAH, 16 Okt: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) telah berjaya memvaksin kira-kira 93,000 kanak-kanak di bawah usia sepuluh tahun di kawasan tengah Semenanjung Gaza, sebagai sebahagian daripada pusingan kedua kempen pemvaksinan polio.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), UNRWA dalam kenyataan melalui X menyatakan bahawa “walaupun dengan peningkatan perang dan cabaran yang berterusan, pusingan kedua kempen imunisasi polio telah dilancarkan Isnin di kawasan tengah Gaza.”

“Vaksin terbaik untuk kanak-kanak ialah gencatan senjata dan keamanan,” katanya.

Menteri Kesihatan Majed Abu Ramadan pada Isnin mengumumkan pelancaran pusingan kedua kempen pemvaksinan polio di Semenanjung Gaza untuk kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

Beliau menjelaskan bahawa kempen pemvaksinan itu akan terdiri daripada tiga peringkat, yang pertama di kawasan tengah di Deir al-Balah dan akan berlangsung selama tiga hari dari 14 hingga 17 Oktober, dan boleh dilanjutkan untuk satu hari tambahan.

Beliau turut menyatakan bahawa dos kedua vaksin polio oral (OPV) akan diberikan, sebagai tambahan kepada vitamin A yang membantu meningkatkan imuniti kanak-kanak, melawan jangkitan, serta menyumbang kepada peningkatan penglihatan dan pertumbuhan yang sihat.

Kempen itu menyasarkan untuk memvaksin 591,700 kanak-kanak di bawah usia 10 tahun, dan pasukan tetap serta bergerak akan dikerahkan untuk melengkapkan kempen itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan