Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat KDN kata Saifuddin memperkenalkan akta berkenaan bertujuan untuk mengatasi kesesakan penjara di seluruh negara. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

25,214 warga asing tidak dibenarkan masuk Malaysia, pintu masuk negara terus diperketatkan

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menolak sebanyak 25,214 warga asing yang memasuki semua pintu masuk negara dan diberikan notis “Not To Let” (NTL) atau nota penolakan masuk setakat September lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, notis tersebut dikeluarkan berikutan usaha JIM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi sindiket counter-setting yang membawa masuk pekerja asing secara haram di negara ini.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 47 sindiket berjaya ditumpas melibatkan 1,285 tangkapan ahli sindiket dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Bukan sekadar mereka dikenalkan NTL di pintu masuk, bahkan Imigresen juga mewujudkan pasukan khas yang membuat rondaan sebelum daripada pengembara ini pergi ke kaunter Imigresen.

“Hasil daripada pasukan rondaan ini, kita telah berjaya menyekat 6,694 orang pengembara daripada masuk kerana alamat tempat dia nak datang nak datang ke Malaysia, dia tak ada wang yang cukup dan sebagainya,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin menjawab persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai langkah tegas kerajaan dalam menangani sindiket berkenaan yang didalangi penguatkuasa agensi yang bertugas di pintu masuk udara negara sehingga bolosnya sempadan negara.

Bagi membanteras lebih banyak sindiket berkenaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus menggunapakai teknologi terkini bagi saringan awal penumpang.

“Kita sedang proses memuktamadkan perolehan bagi sistem tersebut dikenali sebagai Advance Passenger Screening System. Sistem ini membolehkan Imigresen membuat saringan awal bagi pengembara yang melakukan perjalanan ke Malaysia. Belum pun mereka sampai, kita dah ada akses terhadap senarai mereka; membolehkan kita membuat pemeriksaan awal.

“Kita juga sekarang di fasa akhir untuk menaik taraf kamera litar CCTV yang dilengkapkan audio dan visual di kaunter pemeriksaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, kementeriannya memandang berat isu yang membabitkan insiden ataupun kegiatan counter setting kerana ia melibatkan pelanggaran integriti dan merupakan amalan rasuah yang tidak boleh bertolak ansur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan