Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan polis Indonesia yang akan bertugas pada Majlis Angkat Sumpah Presiden dan Naib Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka pada 20 Oktober ini. Foto David Andreas (TVS)

15,000 polis dikerah pada Majlis Angkat Sumpah Presiden dan Naib Presiden Republik Indonesia

JAKARTA, 16 Okt: Seramai 15,000 pegawai polis Indonesia akan dikerahkan bagi memastikan keselamatan pada Majlis Angkat Sumpah Presiden dan Naib Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka pada 20 Oktober ini.

Pelantikan yang akan diadakan di Bangunan Parlimen DPR-MPR itu pasti dikawal ketat apabila seramai 30 tetamu ketua negara sahabat dijangka menghadiri majlis itu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi memastikan kesediaan penjagaan, satu perhimpunan pasukan telah diadakan di Markas Pasukan Khas Brimob di Depok, Jawa Barat yang turut dihadiri Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden Terpilih Prabowo Subianto.

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit yang mengetuai perhimpunan itu berkata, pasukannya akan menjalankan tugas keselamatan secara maksimum agar acara berjalan mengikut perancangan.

“Kita pastikan pasukan bersedia menjaga keselamatan secara optimum bagi memastikan majlis berjalan mengikut perancangan,” katanya.

Sigit turut mendedahkan bahawa pasukan polis khas merangkumi kepakaran dalam menangani rusuhan dan keganasan turut dikerahkan bersama kenderaan taktikal.

Bukan itu sahaja, operasi berkod “Mantap Brata” juga akan dijalankan  sehingga 27 Oktober ini bagi menjaga keselamatan di seluruh Indonesia. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan