Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejadian mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto IPD Mukah

Wanita maut jadi mangsa langgar lari

MUKAH, 15 Okt: Seorang wanita warga emas maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer 100, Jalan Sibu-Bintulu, Selangau, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa, Malaya Unyang, 64, yang beralamat di Rumah Enggan Sungai Passin, Sibu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Polis Selangau bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 6 pagi.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kawasan kemalangan merupakan jalan satu hala dua lorong menuju ke arah Bintulu.

“Mangsa yang juga pejalan kaki terbaring di bahu jalan dipercayai telah dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat daripada kejadian tersebut mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan.

Ketika ini katanya, polis sedang melakukan siasatan rapi bagi mengenalpasti kenderaan yang terlibat.

“Malah, kita juga sedang mengesan saksi bebas yang dapat membantu siasatan dan mengesan kenderaan berkenaan,” ujarnya.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan