Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Kebangsaan Pau Marti Vicente. Foto fail Bernama

Vicente: New Zealand antara lawan paling sukar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Pau Marti Vicente tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya setelah Malaysia tumpas 0-4 kepada New Zealand dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 yang berlangsung di Stadium North Harbour semalam.

Vicente mengakui bahawa pasukan New Zealand di bawah kendalian Darren Bazeley dan menduduki ranking ke-95 dunia merupakan antara lawan paling sukar yang pernah dihadapi oleh Malaysia.

Beliau meluahkan rasa kesalnya kepada peminat terutamanya kepada mereka yang hadir memberikan sokongan di Auckland.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua peminat yang menyaksikan dari Malaysia dan yang datang ke sini. Mereka datang dengan harapan untuk melihat pasukan ini menang dan beraksi dengan baik, tetapi kami tidak memberikan keputusan yang diharapkan,”katanya.

Pewngendali dari Sepanyol itu turut mengakui bahawa pasukan New Zealand merupakan satu cabaran besar.

“Kadang-kadang, saya rasa kami menentang pasukan yang sangat kuat. Ini mungkin antara pasukan terkuat yang kami hadapi. Namun, bagi pemain, pengalaman ini adalah satu pengajaran yang berharga,” katanya dalam klip video yang dikongsi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas perlawanan persahabatan itu.

Walaupun kalah besar, Vicente menekankan aspek positif terutamanya prestasi pasukan pada separuh masa pertama dengan mereka berjaya mengekalkan keputusan tanpa jaringan.

Namun, di separuh masa kedua yang menyaksikan Malaysia bolos empat gol, Vicente berkata kesilapan berlaku ketika transisi dan bukannya sewaktu bertahan.

“Dalam separuh masa pertama, kami menghadapi banyak tekanan tetapi kami kekal kuat dan terus percaya. Saya rasa kami sedikit goyah dalam transisi (bertahan kepada menyerang) tetapi kami memasuki separuh masa dengan 0-0. Di separuh masa kedua, kami bolos lebih banyak dalam fasa transisi berbanding dalam fasa bertahan.

“Saya tidak boleh mengeluh mengenai usaha pemain. Segalanya adalah positif. Kami datang ke sini untuk berlatih dan berdepan dengan lawan yang kuat. Ini satu cabaran dan saya percaya kami akan belajar daripadanya,” kata jurulatih berusia 41 tahun itu.

Dalam perlawanan hari ini yang merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan dalam 18 tahun, empat gol New Zealand hadir dalam separuh masa kedua menerusi Elijah Just pada minit ke-53, Matthew Garbett (min ke-61), Chris Wood (min ke-72), dan Logan Rogerson pada minit ke-90.

Ini adalah kekalahan pertama Malaysia selepas empat perlawanan kompetitif di bawah kendalian Vicente sejak beliau mengambil alih sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya berikutan peletakan jawatan mengejut Kim Pan Gon pada Julai.

Bulan lepas, Vicente membawa Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2024 bulan lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan