Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
anggota UNSC menyuarakan kebimbangan mendalam selepas beberapa pos Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) diserang sejak beberapa hari lalu. Foto fail AFP

UNSC desak semua pihak hormati keselamatan pasukan pengaman di Lubnan

ByBernama

WASHINGTON/NEW YORK, 15 Okt: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin menggesa semua pihak agar menghormati keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman PBB di Lubnan, berikutan ketegangan yang semakin memuncak di sepanjang “Blue Line,” sempadan de facto antara Israel dan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

Duta Switzerland ke PBB, Pascale Baeriswyl selepas mesyuarat mengenai Lubnan, memaklumkan bahawa anggota UNSC menyuarakan kebimbangan mendalam selepas beberapa pos Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) diserang sejak beberapa hari lalu.

Membacakan kenyataan itu, Baeriswyl berkata UNSC sekali lagi menyatakan sokongan mereka terhadap UNIFIL, sambil menekankan peranan pentingnya dalam menyokong kestabilan serantau.

“Mereka turut menzahirkan kebimbangan terhadap korban dan penderitaan orang awam, kemusnahan infrastruktur, serta peningkatan jumlah penduduk yang hilang tempat tinggal. Mereka menyeru semua pihak supaya mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

Para anggota juga menekankan kepentingan usaha diplomatik untuk menamatkan konflik dengan berpanjangan serta membolehkan orang awam di kedua-dua bahagian “Blue Line” kembali dengan selamat ke kediaman mereka, katanya.

Minggu lalu, empat anggota pengaman UNIFIL cedera selepas pos mereka di selatan Lubnan dibedil oleh tentera Israel.

UNIFIL ditubuhkan sebagai pasukan interim pada 1978 bagi membantu memulihkan keamanan di rantau terbabit serta mengesahkan pengunduran Israel dari Lubnan.

Sejak 23 Sept, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di seluruh Lubnan, menyasarkan apa yang didakwanya sebagai kedudukan Hizbullah, menyebabkan sekurang-kurangnya 1,500 orang terbunuh, lebih 4,500 cedera dan lebih 1.34 juta orang hilang tempat tinggal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan