Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat yang melanda ibu negara pagi tadi menyebabkan kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang Jaya. Foto Juwairiya Zulkifli

Tanah runtuh di Taman Melawati, 20 rumah terputus hubungan

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Sebanyak 20 rumah terputus hubungan daripada laluan utama di Taman Melawati akibat runtuhan tebing setinggi 30 meter.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azam Ismail berkata kejadian tanah runtuh itu berlaku di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6 Taman Melawati.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 10.30 pagi tadi.

“Semua penduduk yang terkesan telah diarah berpindah ke Dewan Serbaguna Jalan E5 Taman Melawati.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, polis serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini beada di lokasi kejadian.

Beberapa kerosakan telah direkodkan yang melibatkan kenderaan motosikal dan sebuah kabin pondok pengawal.

“Satu motosikal yang diletakkan di dalam sebuah rumah mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat tanah runtuh.

“Selain itu, sebuah kabin pondok pengawal yang terbalik akibat runtuhan juga rosak,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan