KUCHING, 15 Oktober: Kursus Asas Pemprosesan Produk Hiliran Perikanan diyakini memberi manfaat kepada golongan suri rumah di Kampung Muara Tebas dengan latihan amali pemprosesan keropok lekor dan bebola ikan.
Timbalan Pengarah Kanan Laut Jabatan Perikanan Laut Sarawak Liza Long berkata kursus anjuran Jabatan Perikanan Laut Sarawak bersama Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan Santubong (FIDTEC) itu mampu melahirkan lebih ramai pemain industri.
“Semalam (14 Okt), kita ada mengadakan program kursus asas pemprosesan untuk produk lidah perikanan yang memfokuskan kepada amali pemprosesan baju keropok lekor dan juga berbola ikan.
“Ini melibatkan seramai 20 orang ibu-ibu yang bersama dengan kita pada hari ini merupakan antara peserta kursus yang telah berjaya dan diharapkan kursus ini nanti boleh bawa balik dan juga usahakan di rumah dan mungkin menjadi satu industri kita,” katanya.
Beliau berucap ketika Program Komuniti Nelayan Setempat Kampung Muara Tebas di Kuching pada Selasa.
Katanya, kursus tersebut tidak hanya memberikan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat produk tersebut tetapi ia turut mendedahkan satu perancangan serta hala tuju dalam perniagaan.
Justeru, ia diharapkan mampu memberi satu manfaat kepada komuniti nelayan terutamanya golongan wanita di kawasan Kampung Muara Tebas agar dapat meluaskan lagi penjanaan pendapatan mereka. -TVS