Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan udara Israel di pinggir bandar selatan Beirut pada 28 September 2024. Foto AFP

Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam serangan udara Israel di utara Lubnan

ByBernama

BEIRUT, 15 Okt: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di utara Lubnan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu, memetik Palang Merah Lubnan.

Empat orang lain cedera dalam serangan yang menyasarkan sebuah pangsapuri kediaman di kampung Aitou di bandar Zgharta yang majoritinya beragama Kristian, menurut kenyataan organisasi kemanusiaan itu.

Kementerian Kesihatan Lubnan sebelum ini melaporkan angka korban serangan Israel sebanyak sembilan orang.

Palang Merah berkata usaha sedang dijalankan untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan.

Ia merupakan serangan pertama yang dilancarkan oleh pesawat tempur Israel di utara Lubnan sejak tercetusnya pertembungan rentas sempadan dengan Hizbullah tahun lepas.

Israel melancarkan kempen udara besar-besaran di seluruh Lubnan terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September, membunuh sekurang-kurangnya 1,488 orang, mencederakan lebih 4,297 yang lain dan menyebabkan lebih 1.34 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Kempen udara itu merupakan peningkatan daripada setahun peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan serangannya di Semenanjung Gaza, yang Israel telah membunuh lebih 42,200 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Oktober tahun lepas.

Israel memperluaskan konflik pada 1 Okt tahun ini dengan melancarkan pencerobohan darat ke selatan Lubnan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan