Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk mengadakan perbincangan bersama Jabatan Peguam Besar Sabah dan Jabatan Peguam Besar Sarawak bagi meneliti semula tuntutan berhubung pertambahan satu pertiga Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak berdasarkan sudut perundangan. Foto fail Bernama

Satu pertiga kerusi Parlimen: Peguam Negara akan berbincang dengan Peguam Besar Sarawak dan Peguam Besar Sabah

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk mengadakan perbincangan bersama Jabatan Peguam Besar Sabah dan Jabatan Peguam Besar Sarawak bagi meneliti semula tuntutan berhubung pertambahan satu pertiga Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak berdasarkan sudut perundangan.

Menerusi Jawapan Lisan yang dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen Malaysia, perkara tersebut antara perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) pada 12 September lepas.

Perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan telah pun dipersetujui adalah tuntutan mengenai sempadan laut, royalti minyak dan duti setem.

“Mesyuarat tersebut antara lain telah bersetuju dan memutuskan Supaya tuntutan melibatkan Mineral Minyak dan Medan Minyak, Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750), Hak Negeri Ke Atas Pelantar Benua dan Royalti Minyak dan Pembayaran Tunai Petroleum dibincangkan oleh kepimpinan peringkat tertinggi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Sarawak.

“Sebagai tambahan, berhubung isu minyak dan gas di Sabah dan Sarawak, penyelesaian secara komersial telah dipersetujui di antara PETRONAS bersama dengan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah,” menurut jawapan lisan itu.

Perkara berkenaan dibangkitkan Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju menerusi soalan aturan mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-15 kepada Perdana Menteri mengenai perincian empat tuntutan yang belum dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) meliputi sempadan laut, royalti minyak, duti setem dan tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sabah dan Sarawak.

Tambah Anwar, hasil daripada persetujuan itu, Perjanjian Penyelesaian Komersial (Commercial Settlement Agreement) antara Kerajaan Sarawak dengan PETRONAS telah ditandatangani pada tahun 2020 manakala Perjanjian Penyelesaian Komersial (Commercial Collaboration Agreement) antara Sabah dengan PETRONAS yang telah ditandatangani pada tahun 2021.

Sehubungan itu, beliau komited untuk terus memantau kemajuan perbincangan mengenai tuntutan-tuntutan ini bagi memastikan penyelesaian bersama antara kementerian atau agensi berkaitan serta Kerajaan Sabah dan Sarawak dapat dicapai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan