Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu dan kelindan berdepan detik cemas selepas lori kargo dinaiki terbakar di Jalan Pan Borneo, Saratok, awal pagi tadi. Foto JBPM

Pemandu, kelindan berdepan detik cemas, lori kargo terbakar di Saratok

SARATOK, 15 Okt: Pemandu dan kelindan berdepan detik cemas selepas lori kargo dinaiki terbakar di Jalan Pan Borneo di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Abdul Rahman Sabi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.10 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah lori kargo yang terbakar dibahagian kepala lori.

Bagaimanapun, pemandu berusia 40 tahun dan kelindan berusia 36 tahun telah pun keluar dari lori tersebut ke tempat yang selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak membentang dua aliran hose reel, air daripada tangki jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran tersebut sehingga padam sepenuhnya.

“Setelah memastikan tiada lagi punca api dan keadaan di lokasi selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan