Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

Lelaki rugi RM63,680 terpedaya pelaburan Bitcoin

SIBU, 15 Okt: Seorang lelaki tempatan mengalami kerugian RM63,680 selepas terpedaya dengan skim pelaburan Bitcoin palsu yang diiklankan di Facebook di sini.

Mangsa yang tidak bekerja telah tertarik dengan menjanjikan pulangan pelaburan tinggi dalam masa hanya enam jam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, dalam kenyataan hari ini berkata suspek yang menggunakan nama “Calvin” telah menghubungi mangsa yang berusia 50-an itu bagi menerangkan kaedah pelaburan Bitcoin tersebut.

“Tergoda dengan janji keuntungan pantas, mangsa kemudian membuat 12 transaksi berjumlah RM63,680 ke lima akaun bank berbeza melalui mesin deposit tunai.

“Selepas pembayaran dibuat, suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan untuk mendapatkan keuntungan pelaburan. Mangsa juga diminta menunggu selama tiga hari untuk wang tersebut dimasukkan ke dalam akaunnya,” jelas Zulkipli.

Bagaimanapun, selepas tempoh tersebut, mangsa gagal mendapatkan keuntungan yang dijanjikan.

“Usaha untuk menghubungi suspek hanya berakhir dengan lebih banyak tuntutan bayaran. Sehingga laporan dibuat, mangsa masih tidak menerima sebarang pulangan,” katanya

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Zulkipli turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pelaburan atas talian yang menjanjikan pulangan tidak munasabah dalam masa singkat.

Beliau menggesa orang ramai membuat semakan dengan pihak berkuasa yang sah seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum melibatkan diri dalam pelaburan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau melakukan semakan akaun bank dan nombor telefon yang meragukan melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan