Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pejabat Kesihatan Negeri Sabah (PKNS) menyempurnakan pelancaran Operasi Mega Bersepadu untuk penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 862) di Likas, hari ini. Foto PKNS

Lebih 700 penguat kuasa sertai Operasi Mega Bersepadu Akta 852 di Sabah

ByBernama

KOTA KINABALU, 15 Okt: Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna mengetuai seramai lebih 700 anggota dan pegawai pelbagai agensi penguatkuasaan melaksanakan Operasi Mega Bersepadu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Antara agensi terlibat ialah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan operasi berkenaan Dr Asits berkata ia dilaksanakan dalam bentuk pengawasan pendidikan kepada golongan yang terkesan antaranya untuk memastikan setiap premis makanan meletakkan papan tanda larangan merokok.

“Selepas pelaksanaan operasi pengawasan pendidikan kita akan melaksanakan penguatkuasaan daripada aspek pendaftaran produk merokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025, turut termasuk aspek pembungkusan dan pelabelan akan dikuatkuasakan mengikut produk selewat-lewatnya 1 Okt 2025 serta kawalan jualan termasuk pameran di kaunter jualan yang akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya 1 April 2025.

“Pada hari ini kita berharap dapat melaksanakan operasi di 80 peratus premis yang ada di sekitar Kota Kinabalu dan operasi ini akan terus kita laksanakan,” katanya.

Beliau juga berharap agar penguatkuasaan akta baharu berkenaan dapat mencapai objektifnya demi kesihatan awam dan melahirkan generasi baharu bebas asap rokok.

“Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa kerajaan telah berbelanja besar untuk merawat pelbagai penyakit kronik akibat kesan merokok.

“Atas sebab ini, intervensi awal perlu dilaksanakan bagi mengelak generasi masa hadapan daripada terjerumus kepada tabiat merokok dan untuk melahirkan generasi masa hadapan yang sihat tanpa asap rokok,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengharapkan penglibatan lebih banyak syarikat swasta dan agensi kerajaan untuk turut sama dalam menyokong pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan