PUTRAJAYA, 15 Okt: Industri perbukuan Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang signifikan dengan berperananĀ memacu kemajuan intelektual, pendidikan, perniagaan dan budaya negara pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah melaksanakan kajian Data Perbukuan Negara yang pertama baru-baru ini bagiĀ membentuk profil terkini industri perbukuan Malaysia.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata kajian tersebut dijangka akan membantu kerajaan dalam memperbaharui Dasar Buku Negara dengan menyediakan indikator penting sebagai rujukan kepada para pemain industri, kerajaan dan pengguna.
āIni juga akan membantu merangka dasar yang lebih relevan dalam penyediaan bahan bacaan yang diminati oleh rakyat Malaysia,ā katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat 944 syarikat penerbitan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan 57 persatuan berkaitan penerbitan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
āSumbangan aktiviti penerbitan kepada KDNK pada tahun 2021 adalah sebanyak RM4.9 billion,ā tambah kenyataan berkenaan.
Di samping itu, PNM telah menghasilkan Pelan Tindakan bagi Pemerkasaan Industri Buku Negara melalui kajian ini.
Antara inisiatif dalam pelan ini termasuk memperluas kempen membaca di kementerian dan agensi, menghidupkan semula Baucar Buku Semarak Membaca, menambah baik insentif penulis dan Program Dana Penulis, serta mempergiatkan Pesta Buku Kebangsaan dan Antarabangsa.
Pelan tindakan ini juga merangkumi langkah-langkah untuk meningkatkan percetakan buku Braille, memperluas terjemahan buku Melayu, memperkenalkan Duta Buku dan Ikon Membaca Kebangsaan, melantik wakil Buku Negara di Parlimen, serta memperluas pendigitalan koleksi buku. Di samping itu, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 juga akan dikuatkuasakan.- TVS