Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara kawasan yang terjejas termasuklah jalan ke Parlimen selain Universiti Malaya di Pantai Dalam. Foto Bernama

Hujan lebat berterusan, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dinaiki air

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Beberapa jalan di Kuala Lumpur dinaiki air susulan hujan lebat berterusan yang bermula sejak kira-kira 9 pagi tadi.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Integrated Transport Information System (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan hantaran di media sosial oleh orang awam, beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur dinaiki air menyebabkan aliran trafik terganggu antaranya di Jalan Parlimen menghala ke Bukit Aman, Jalan Perak dan Lebuhraya Sultan Iskandar.

Tinjauan Bernama turut mendapati laluan masuk ke Wisma Bernama dari arah Jalan Tun Razak turut dinaiki air dan kedengaran sistem penggera keselamatan di Sungai Bunus menandakan paras bahaya.

Sementara itu laman X Smart Expressway memaklumkan bahawa terowong smart ditutup sepenuhnya untuk laluan pengguna dan operasi banjir sedang dijalankan.

“Pengguna Terowong SMART dinasihatkan memandu dengan berhati-hati. Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan lalu lintas,” menurut hantaran itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan